Wednesday 7 October 2015

Menghitung Hari

Assalamualaikum w. b. t.

Amboi tajuk bukan main eak.. menghitung hari nak apalah tu. Actually yanie menghitung hari nak konvo. Akhirnya setelah 4 tahun di UTM dapat juga yanie konvo kan. Tanggal 26 Oktober 2015 Hari Isnin amatlah ditunggu-tunggu. Dapat juga bangga dan bahagiakan mak & abah walaupun result tak berapa nak gempak.

Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan yanie sepanjang tempoh pengajian yanie. walaupun dalam tempoh pengajiana tu macam-macam masalah timbul tapi semuanya dapat diselesaikan dengan baik.

Dalam tempoh pengajian ni juga yanie bertunang iaitu pada cuti mid sem pada tahun ketiga pengajian yanie dan bernikah pada hujung tahun ketiga pengajian. suatu perkara yang tak disangka-sangka sebenarnya. Alhamdulillah allah mempermudahkan segalanya. Allah juga mengurniakan rezeki anak kepada yanie dan pada tahun keempat pengajian yanie bawak perut yang berapa nak nampak pun pergi kelas hari-hari. baby pun tak banyak meragam. yelah jauh dengan en husband pulak tu. yanie sebenarnya berbelah bagi sama ada nak tangguhkan latihan industri  ataupun tak sebab yanie akan bersalin dalam tempoh latihan industri tu. Alhamdulillah Allah tunjukkan jalan dan yanie pilih untuk teruskan juga tapi lapur diri lewat sebulan. walaupun hanya berpantang selama sebulan Alhamdulillah semua ok dan tak ada apa-apa masalah.

Syukur di atas nikmat kurniaan Allah yanie dapat pelbagai perkara dalam tempoh pengajian yanie. bukan sahaja yanie dapat segulung ijazah malahan yanie dapat bernikah dengan en husband dan melahirkan Auni Alesya. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. berdoa dan mintalah hanya kepadaNya.

Excited sangat nak jumpa my Buddyz Wanie, Cath, Mira, Paten
Love u all


Jumpa lagi next entry..Bye


Sharing is Sayang

No comments:

Post a Comment