Friday 18 November 2016

Cloth Diapers (Lampin Kain): Kelebihan & Perbandingan

Assalamualaikum w.b.t.


Actually dah lama nak bagi Auni Alesya pakai cloth diaper tapi tak mendapat sokongan daripada Ayah Auni. Tak tahu kenapa tetiba terbuka balik hati ni nak start bagi Auni Alesya pakai cloth diaper. Design pertama yang yanie beli of coz lah Hello Kitty. Favourite Auni Alesya tu. Konon-konon nak bagi dia suka & nak pakai cloth diaper tu. Dan seperti yang dijangka Auni Alesya memang suka sangat-sangat & terus nak pakai. Semoga dipermudahkan untuk Auni Alesya  bercloth diaper.



Cloth Diapers vs Lampin Pakai Buang


1. Kesihatan & Keselamatan

CD diperbuat daripada kain gentian mikro, campuran buluh dan arang (charcoal). Ia lebih sihat dan selamat untuk kulit bayi kerana tidak menggunakan apa-apa bahan kimia seperti lampin pakai buang.

2. Penjimatan

CD menjimatkan kerana kita hanya perlu beli sekali sahaja dan ianya boleh digunakan untuk anak-anak seterusnya. Manakala lampin pakai buang dibeli setiap bulan.
CD sekarang dah murah, tak macam dulu. 20 keping CD RM40 baru berjumlah RM800 untuk 3 orang anak.
Lampin pakai buang? Paling busuk sehari nak kena guna 3 keping, 15 hari habis sepeket lampin pakai buang 44 keping berharga RM27.90. 2 paket sebulan, guna seawal kelahiran sampai 3 tahun (36 bulan).
Jumlah anggaran ialah RM27.90 x 2 x 36 = RM2,008.80 tau! Itu baru seorang anak!! Kalau 3 orang, bukan RM6,026.40?!
Itu belum masuk musim berak cair di awal kelahiran!
Untuk makluman, CD anak ketiga yang saya gunakan sekarang ialah CD kakak sulungnya!
Ini bermakna CD itu sudah 5 tahun digunakan, selama 3 generasi! Dua jenis CD yang mula-mula saya beli dulu pun masih elok lagi!
RM800 untuk 3 anak, Jimat kan?

3. Pembelajaran

Anak lebih cepat belajar ke tandas kerana kurang selesa dengan basah CD berbanding lampin pakai buang yang sentiasa kering.
Alhamdulillah anak-anak saya 1 tahun setengah dah tak pakai lampin dah samada siang mahupun malam.
Berbanding penggunaan lampin pakai buang, ada yang sampai 4, 5 tahun masih menggunakannya.

4. Saiz Boleh Laras

CD dikeluarkan hanya dua saiz sahaja – newborn dan normal. Saiz newborn untuk 2 – 3 bulan pertama manakala saiz normal boleh dilaras saiznya mengikut keselesaan bayi, bermula bayi baru lahir sehinggalah ke umur 4 tahun (3kg – 16kg, mengikut berat anak).
Lampin pakai buang mengikut saiz bayi, golongan bapa akan mengalami kesukaran apabila mendapat SMS dari isteri meminta belikan lampin anak – tak tahu nak beli saiz apa!

5. Penggunaan

CD boleh digunakan berkali-kali untuk beberapa orang anak selagi tidak koyak atau rosak.
Lampin pakai buang hanya diguna sekali, rosak atau tidak pasti dibuang.

6. Kebersihan (Hygiene)

CD boleh dicuci dengan mesin basuh automatik, dan paling bagus dijemur di bawah panas matahari terik.
Haa… bab cuci paling best! Kerana saya sudah menjumpai pencuci CD yang sangat bagus, jimat, semulajadi dan BERKESAN iaitu BASIC H2 daripada Shaklee.
Hanya guna setitik sahaja, terus tanggal segala kotoran. Bau hapak najis pun HILANG SERTA MERTA!!
Ibu-ibu bolehlah cuba, hanya RM38 sahaja untuk 16oz.
Lampin pakai buang pula hanya membantu memperbanyakkan lagi sampah di rumah kita, kebersihankah itu?

7. Mesra Alam

CD bersifat mesra alam, kerana ia memelihara alam semesta. Bayangkan, kerana CD generasi 500 tahun akan datang akan menghargai dan mengenang jasa kita menggunakan CD pada hari ini.
Lampin pakai buang pula hanya membantu memperbanyakkan lagi sisa pepejal yang menjadi masalah sejak bertahun di negara kita.
Ayuh semua, kita bertukar kepada CD!

8. Fesyen

Rekaan CD yang pelbagai corak dan jenis menjadikannya comel untuk si manja, terus boleh keluar rumah selepas menyarungkan CD.
Bayi tidak perlu lagi menyarung panties untuk kelihatan comel!
Lampin pakai buang, ada tak yang tak perlu sarung panties? (Oops, satu idea bisnes yang hebat!)

9. Nilai

CD boleh dijual semula kerana ia mempunyai second-hand value.

Lampin pakai buang pula tiada sebarang nilai.


Dapatkan Cloth Diaper untuk si manja anda dengan Harga RM 22.00 sahaja di Fabulous Auni / Whatsapp 0167448915


7 Hari Mencintaiku

JUDUL : 7 HARI MENCINTAIKU
EPISOD : 28 Episod
TARIKH / MASA : November 2016
SIARAN : Slot Akasia TV3
NOVELIS : Siti Rosmizah
PENGARAH : Jamal Khan
TERBITAN : Pena Creative Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Shukri Yahaya, Siti Saleha, Ungku Hariz, Wan Sharmila, Zila Bakarin,  Zarynn Min

WATAK PELAKON
Shukri Yahaya sebagai Khuzairi
Siti Saleha sebagai Mia Adriana
Ungku Hariz sebagai Khalil

LAGU TEMA / OST 7 HARI MENCINTAIKU
Tajuk : Lelaki Teragung
Penyanyi : Dayang Nurfaizah
Video & Lirik : Link



SINOPSIS 7 HARI MENCINTAIKU

Mengisahkan Khuzairi (Shukri Yahaya), dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana (Siti Saleha). Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya. Mia Adriana bagaikan lupa, hidup ini ibarat putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya.

Mia Adriana merupakan seorang peguam dan mempunyai firma guamannya sendiri bersama ayahnya Dato Megat Idrus. Mia telahpun bertunang dengan sepupunya sendiri Khalil (Ungku Hariz). Namun kerana terlalu percaya pada tunangnya, Khalil, Mia Adriana telah menyebabkan ayahnya muflis. Khalil tidak hadir pada malam pernikahan mereka, sebaliknya Khalil menikahi Rita kerana duit. Dato Megat yang diserang sakit jantung, meminta Khuzairi untuk menjadi menantunya. Demi menutup malu, Mia sanggup berkahwin dengan Khuzairi walaupun mengganggap Khuzairi kekampungan dan kolot.

Bermulanya kehidupan baru Mia Adriana bersama Khuzairi di kampung. Sepanjang berada di kampung, Mia Adriana memang menjadi kebencian Mak Leha, mak tiri Khuzairi. Mak Leha membenci Mia kerana dia memusuhi Puan Hayati. Terjadi pelbagai pergaduhan antara Mia, Mak Leha dan Syakilla, tunangan Helmi yang menaruh hati pada Khuzairi. Perhubungan Mia dan Khuzairi juga selalu pasang surut. Khuzairi juga tersepit kerana dia terlalu menghormati Mak Leha sebagai ibu sehingga dia selalu melukakan hatinya sendiri.

Kerana suatu peristiwa, Mia Adriana tersedar bahawa sememangnya dia mencintai Khuzairi sepenuh hati. Dia terlalu merindu anak kecil yang ditinggalkan tanpa melihat rupanya. Namun, cukupkah masa 7 hari itu untuk meraih kembali cinta Khuzairi yang sudah membeku? Apakah Pak Samad mampu membela nasib Mia selepas dibuang oleh suami sendiri dalam rumah keluarganya? Tercapaikah hasrat Syakilla untuk menjadi isteri Khuzairi? Dan, apa pula nasib Helmi selepas dihalau keluar oleh Pak Samad selepas dia bersubahat dengan Khalil untuk meracun kambing-kambing Khuzairi? Apakah pekerjaan Khuzairi selain pengembali kambing yang menjadi kegilaan anak-anak gadis kampung?

Haa. Baca sinopsis cerita pun dah best kan. Yanie suke cerita ni. Novel dah baca sekarang tengok drama pulak. Wahh. Lagi-lagi Shukri Yahaya hero memang kena lah. Hero Kampung. Haha. Setiap hari tak sabar nak tengok derita ni..

Thursday 17 November 2016

Cara Nak Transfer Duit Dari Akaun Maybank Ke Akaun Bank Lain Melalui Mesin ATM

Assalamualaikum w.b.t.

Cara Nak Transfer Duit Dari Akaun Maybank Ke Akaun Bank Lain Melalui Mesin ATM l Mungkin ramai yang dah mahir cara nak transfer duit melalui mesin ATM Maybank ke bank lain dan mungkin juga ada lagi yang masih tak tahu cara nak gunakannya. Ada jugak orang yang nak beli barang secara online tapi tak tahu cara nak transfer duit dengan mesin ATM terutamanya apabila melibatkan akaun bank yang lain. Jangan risau, dari mesin ATM Maybank boleh transfer ke mana-mana bank yang telah disediakan.


Cara Nak Transfer Duit Dari Akaun Maybank Ke Akaun Bank Lain Melalui Mesin ATM

Jika korang nak transfer duit dari akaun bank yang lain, contohnya CIMB, langkah pertama ialah dengan memilih paparan yang menunjukkan LAIN-LAIN URUSNIAGA
Kemudian, pilih paparan yang menunjukkan PINDAHAN

Seterusnya, pilih urusniaga yang menunjukkan PINDAHAN ANTARA BANK MEPS


Langkah yang berikutnya ialah dengan memilih jenis pindahan. Untuk transfer duit ke akaun bank lain, korang diberi pilihan sama ada memilih pindahan interbank segera atau pindahan interbank giro (IBG). Digalakkan korang pilih PINDAHAN INTERBANK SEGERA kerana duit yang di-transfer itu masuk dengan segera. Beza antara pindahan segera dan pindahan interbank boleh tengok di bawah.

Perbezaan antara pindahan segera (instant transfer) dengan pindahan interbank (ibg transfer)


Seterusnya korang akan diminta untuk memilih jenis bank penerima seperti yang dipaparkan di atas. Masukkan KOD BANK dan tekan YA. Jika takde bank yang korang nak, boleh tekan LAIN-LAIN BANK.
Kemudian, paparan yang seterusnya  akan keluar seperti yang diatas


Contoh transfer duit antara Maybank ke Cimb (Sumber)


Sharing is Sayang

Friday 4 November 2016

Mudahnya Bayar Bil Dengan Jom PAY

Assalamualaikum w.b.t.


Image result for JOM PAY LOGO 
Dah dapat bil? Megapa perlu beratur?

Gunakan JomPAY untuk membuat pembayaran di mana sahaja anda berada. 
JomPAY boleh didapati di Internet atau Perbankan Mudah Alih. 
Hanya Bayar dan Pergi.
Terbaik dari semua, ia mengamabil masa hanya beberapa minit.

  • Boleh didapati di Internet & Mobile Banking 42 Bank
  • Bayar bil dala masa beberapa minit dengan selamat
  • Bayar bil bila-bila masa
  • Tiada lagi cek atau bayaran tunai
  • Tiada menunggu di talian
  • PERCUMA untuk pengguna


Dapatkan Biller Code disini

Mudah dan Cepat dengan JomPAY

Next time yanie tunjuk step by step pula. Kalau rajinlah tapi. Hahaha



Sharing is Sayang

Today's Baby Expo @ Danga City Mall JB

Assalamualaikum w.b.t.


WOW!!!
little dje datang JB untuk Today's Baby Expo
Jom dapatkan pelbagai produk littledje yang super cute!!
Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan diskaun terhebat dari littledje

Expo ini berlangsung selama 3 hari sahaja
4-6 November 2016

Cepat-cepat rebut peluang keemasan ini!!
Jangan lambat-lambat nanti habis pula

Apa?? Malas nak bersesak-sesak. Anak pula meragam bila bawa pergi shopping.
Tak pe jangan risau jom dapatkan produk little dje daripada Fabulous Auni.
Anda boleh memilih dengan lebih tenang dan gembira.

Semestinya dengan harga terbaik!!
Special price sempena Today's Baby Expo

JOM CEPAT WHATSAPP
 0167448915 (YANIE)

Jangan lupa singgah Page Fabulous Auni untuk dapatkan PROMOSI TERHEBAT


Tuesday 1 November 2016

Harga Minyak Naik Lagi November 2016

Assalamualaikum w.b.t.

Berkuatkuasa 1 November 2016, harga minyak Ron95, Ron97 dan Diesel naik 15sen. Wahaha naik lagi ye harga minyak. Habis tu nak buat macam mana, redha jela menanggung kenaikan demi kenaikan setiap bulan.


Sharing is Sayang