Saturday 31 May 2014

Goodies Tepung Tawar

Assalamualaikum w. b. t. 

Hari ni yanie nak share goodies yang yanie beri kepada tetamu yang datang pada majlis yanie.
Actually tak tahu apa nak beri pada tetamu yang datang sebagai tanda terima kasih kerana sudi datang ke majlis yanie.

Setelah difikir-fikirkan maka yanie putuskan untuk beri tasbih pada malam berinai. Masa tetamu tepung tawar yanie bagilah goodies ni. Nak bagi bunga telur macam biasa sangat pulak.huhu. 

Untuk tasbih ni yanie DIY sendiri. Yanie beli bahan keperluan kt Mazsa Biz. Bahan yang yanie dapatkan di Mazsa Biz ialah Pearl, Tpin, Stopper, Shell end, Cap, Dawai dan Set Playar. Untuk 100pcs tasbih kos nye hanya RM105.70 termasuk postage Rm14.00. Actually semua accessories tu boleh buat untuk 300pcs tasbih cuma perlu beli lagi pearl dan dawai sahaja. Banyak pilihan warna yang ada. So Pilih lah yang mana berkenan dihati. Semua cantik-cantik. Pearl ni jenis Glass Pearl. So nampak sangatlah exculusive. Cantik Sngat Bila dah jadi. 

Antara Warna Yang Ada
Yanie pilih warna biru turquoise & silver buat design selang seli.




Yang bestnya bila beli bahan keperluan buat tasbih di Mazsa Biz dapat tutorial sekali. So mudahlah kan. Ikut step by step je. Layanan yang diberi pn baik. Mesra dan cepat bagi respon. Tu yang paling penting. 

Gigih yanie dan adik yanie buat. mula-mula memang lah susah. Asik berterabur je perl-pearl tu sebab terlepas masa nak pasang stopper. Tapi lama-lama ok dapat cari teknik yang betul boleh buat dengan cepat. Sakit pinggang oooo...duduk menghadap benda tu.huhu. Yanie beli awal sebab nak buat siskit-sikit. kalau nak hadap terus memang tak ada masalah. Masa yang ada hanyalah hujung minggu. So tak apalah buat siskit-sikit lama-lama habislah.

Design boleh buat macam-macam ikut kreativiti masing-masing. Yanie happy sangat dapat DIY goodies untuk majlis sendiri.





Sharing is Sayang