Tuesday 16 February 2016

Birthday Party Auni Alesya

Assalamualaikum w.b.t.

Ini adalah sambutan Ulang Tahun Kelahiran Auni Alesya kali kedua untuk umur 1 Tahun

Tarikh :13 Februari 2016
Hari : Sabtu
Masa : 5.00pm - 9pm
Tempat: Rumah Abah & Emak
Tema : Oggy and The Cockroaches

Alhamdulillah tertunai juga hajat nak mengadakan Majlis Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Auni Alesya. Mula-mula rancang nak buat kecil-kecil je nak sambut dengan family je. Tapi alhamdulillah ada rezeki untuk Auni jadi bolehlah Ibu buat majlis besar sikit dan jemput kawan-kawan dan saudara-saudara terdekat. Memandangkan Birthday Maku Usu Bibit pun pada bulan Februari so kita sambut sekalilah walaupun belum sampai lagi tarikhnye.

Menu:-
Laksa Penang
Bihun Singapore
Makeroni Goreng
Mee Sup
Fries & Nugget
Puding Kuah Koktail
Air Lemon


Kalau biasanya kat rumah mak tu buat apa-apa majlis mesti kaya dengan kuih muih tapi kali ni langsung takda kuih. Nak buat macam mana tuan punya badan yang selalu buat kuih baru je bersalin 5/2/16. So takpelah hidangkan apa yang ada jela. Tahun ni Auni sambut birthday berdua dengan mak usu Bibit, tahun depan Auni boleh sambut birthday bertiga pula tambah dengan Umairah.

Macam tak percaya semua menu kecuali mee sup Yanie & Mr Daus sendiri yang masak. Dahlah pada hari kejadian yanie kerja separuh hari sampai 12.30pm. Balik kerja terus pergi ambik kek kat kedai kek Taman Rakyat, Pontian. Beli itu beli ini, sampai rumah pukul 1.30 terus bersilat kat dapur tu. Mak & Abah pergi jemputan majlis kahwin. Kak Yus bergi birthday party anak kawan dia, Kak Bee mengemas apa yang patut. Makanya hanya kami berdua sahaja di dapur. Dah hujung-hujung part serving tu barulah ramai tolong. Pukul 4.30pm semua dah settle. Eh macam tak percaya pun ada juga. Biasanya kalau buat majlis kat rumah mak ni selagi tetamu tak sampai selagi tu tak siap. Huhu. Pukul 5.00pm dah start tetamu datang. Pukul 5.30pm baru acara bermula. Mak Anjang tolong bacakan doa selamat untuk Auni dan Mak Su Bibit.

Lepas tu Acara Potong Kek. Kek tu Yanie order just nak rumput-rumput, bunga & ladybird je tak nak ada apa-apa tulisan. Semua topper-topper tu yanie print sendiri je then letak kat atas kek tu. Punyalah nak tema Oggy punya pasal. Ibu Auni yang terlebih exited dalam bab ni. Huhu..

Kek untuk Auni

Macam ni je backdrop untuk Birthday Auni dengan Mak Usu Bibit.. Jadilah daripada tak ada.




Dengan Mak Cik-Mak Cik dan Sepupu-Sepupu


Ramai juga kawan-kawan sekolah rendah yanie yang datang. Yela sekampung kan kebanyakannya belum berkahwin lagi tu yang senang lagi nak berkumpul. itu pun kalau masing-masing tak ada urusan lain lah. Terubatlah juga rindu ni. Hehe.



Terima Kasih diucapkan kepada semua yang sudi hadir memeriahkan majlis sambutan ulang tahun kelahiran Auni dan Mak Usu Bibit.


Sharing is Sayang

Wednesday 3 February 2016

Semuanya Bermula Dengan Solat

Assalamualaikum w.b.t.


Semoga kita sama-sama dapat sentiasa menjaga tanggungjawab kita kepada Allah. 
Bila dah tunaikan tanggungjawab kita In Shaa Allah akan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.





Sharing is Sayang