Wednesday 4 March 2015

Pengalaman Bersalin

Assalamualaikum w. b. t.

Tiba-tiba terasa nak kongsi pengalaman melahirkan Auni Alesya pulak
Tipulah kalau cakap tak ada perasaan takut ataupun risau. 
Yelah 1st baby kan. Zero pengalaman.

Ok actually yanie dijangka bersalin pada 2 Febuari 2015. bila dah tiba tarikhnya, tertunggu-tunggulah sakit atau tanda-tanda nak bersalin tapi takda pun. Ok takpelah doktor pun cakap kalau lewat seminggu baru pergi hospital.

Keesokkan harinya 3 Februari 2015 bangun nak solat subuh tu rasa basah semacam je. Macam period pulak. Sekali tengok ada darah macam period gitu. Tapi langsung tak ada rasa sakit. Pelik jugak kan. So yanie assume belum nak bersalin lagi lah. So masuk bilik bagi tahu kan en. Husband. Eh dia pulak yang gelabah. Sepatutnya dia kerja harini tapi dia terus bagitahu leader dia nak cuti harini. Lepas tu yanie rehat je dalam bilik. Pukul 8 lebih baru bagi tahu kat mak pasal kuar tanda darah tu. Mak suruh pergi hospital. Aduhai malasnye. Tak sakit lagi tu yang malas nak pergi hospital. Lepas tu kebetulan Along telefon dia dulu nak bersalin pun kuar tanda darah. Dia cakap 1 hari lepas kuar tanda darah tu baru dia bersalin. Dia siap boleh jalan-jalan lagi. Ok lepas tu mak pun cakap takpelah nanti petang sikit baru pergi hospital. Ok menurut perintah. Then dalam pukul 3 petang pergi lah ke hospital setelah didesak oleh mak.

Sampai je kat hospital isi borang apa semua then pergi tukar baju yang hospital beri. Lepas tu terus masuk bilik untuk check degupan jantung baby dan check jalan. Orang kata check jalan sakit. Takut nye time tu. Tapi masa ckeck jalan tu yanie tak rasa sakit pun. Rasa benda sejuk masuk dalam miss v je. Ahh.. lega sebab tak sakit.. Nurse tu bagi tahu baru buka 1cm so mmg lama lagi lah kan. Lepas siap tu terus keluar duduk berbual dengan mak dan en. Husband. Belum waktu melawat so diorang tak boleh masuk. Lepas tu en husband hantar mak balik dan duduk lah saya kesunyian disitu. Huhu.
Duduk kat wad tu asik tengok tv. Boring nye lahai. Kiri kanan tak ada orang. Dah boring tengok tv tidur takpun bersms dengan en husband.




Everything ok je sampai lah pukul 12 tengah malam dah mula ada rasa sakit sikit. Sakit bukan di bahagian perut tapi sakit di bahagian pinggang hingga ke peha. Ala-ala macam bisa-bisa tulang gitu. Ini contraction kot. Mula-mula dalam 20 ke 30 minit sekali sakit. Lepas tu makin kerap.1 malam memang langsung tak tidur sebab sakit. Kekiri tak selesa kekanan tak selesa telentang tak selesa tak kan nak menirap pula kan..huhu.. kang ada kene marah dengan nurse pulak. Sakit sampai lah ke pagi dia bagi sarapan nasi goreng dengan air milo. Takda selera nak makan tapi makan juga sikit untuk alas perut. Minum air milo je habiskan. Lepas tu nurse panggil suruh check jalan. Check jalan dah 5cm nurse suruh ambil barang baby then masuk labor room. Masa ambil barang tu call en husband bagi tahu nak masuk labor room. En husband pulak masih di JB pergi hantar abah dia balik. Tak pela kalau sempat en husband temankan lah kalau tak sempat nak buat macam mana.


Masuk je labor room nurse pun pasanglah segala alatan nak check jantung baby. Adalah dalam 10 minit jugak duduk dalam tu sebelum midwife masuk balik dan bermulalah proses kelahiran. Midwife tanya nak panggil suami masuk tak yanie pun cakap suami tak ada. Belum sampai lagi. Midwife tu suruh yani ikut dia istigfar, selawat, dan zikir semua. Mula-mula Midwife pecahkan air ketuban. Rasa macam belon berisi air dipecahkan. Keluarlah sebanyak-banyak air. 1st time teran tak da apa-apa hasil sebab yanie teran sebab dia suruh dan time tu tak sakit. Huhu. Tak tahu kan ikot jela. Tapi dia cakap yanie pandai betul cara meneran tu. Lepas tu yanie cakap kaki yani tak tahan mengangkang macam tu. Diorang pun naik kan besi and ikat kaki yanie kat besi tu.

 2nd time teran time sakit tapi tak keluar jugak. Lepas tu salah seorang midwife tu ugut “lagi sekali awak teran tak keluar lagi terus pergi JB ye”. Ok nak taknak kene kuarkan jugak baby ni sebab yanie taknak pergi JB. Bile sakit datang je yanie terus teran sekuat yang mungkin. Time tu midwife gunting miss v pun takda rasa apa. Dengar bunyi kena gunting tu tapi tak ada rasa apa-apa sebab sakit memulas di perut tu lebih kuat kot. Midwife tu pun seluk nak bantu baby tu keluar. Dan akhirnya selepas 3 kali teranan pada 4 Febuari 2015 jam 9.25 am lahirlah Auni Alesya. Wah perasaan leganya bila baby dah keluar. Alhamdulillah.

Masa dia letak baby kat dada time dia potong tali pusat, wahh.. perasaan tu susah nak digambarkan. Settle potong tali pusat dia tunjuk pada yanie tanya lelaki ke perempuan. Yanie cakap perempuan. Selepas tu dia bawak baby kuar dan bermulalah aktiviti menjahit mereka. Disebabkan yanie banyak sangat koyakan so dia bius 3 tempat. So yanie tahulah confirm banyak yanie kena jahit ni. Redha jela.tapi dah kene bius takda lah rasa sakit. Hanya masa dia tarik nak ketatkan & matikan jahitan tu rasalah sikit.lama jugak meraka jahit. Banyak kan. Naik lenguh dah kaki ni. Bila ada Nurse lain yang masuk mintak kebenaran nak cucuk BCG kt baby yanie anggukkan sajelah. Siap je menjahit dia bagi baby pada yanie untuk disusukan. Time ni berjurai air mata melihat kekuasaan Allah. Baby yang baru lahir dah pandai nak hisap susu. Selepas tu dia ambil semula baby tu dan check jahitan. Dia keluarkan kain yang dah disumbat untuk serap darah. Bila dia kuarkan dia tengok banyak sangat darah. Sepatutnya tak banyak macam tu dan darah tu sentiasa keluar. Diorang pun check-check rupanya ada koyakan kat bahagian dalam yang tertinggal dan tak dijahit. Waaa...tak kan nak jahit lagi kot. Aku dah tak larat ni. Lepas tu mereka pun mula buka semula jahitan sebelum ni dan jahit lagi. Dah siap jahit diorang cakap kulit yanie lembut sangat so bila jahit dia jadi pecah. Time tu yanie pun rasa nak menangis je mental dah tak kuat. Diaorang dah tak boleh buat diorang panggil Dr. pulak. Alamak Dr. lelaki pulak tu. Hampeh betul. Time tu yanie dah start menagis Nurse siap bagi kain untuk yanie gigit. Diorang cakap yanie dah tak bagi kerjasama then diorang pasang air. Masukkan ubat pada air tu supaya yanie tidur. Tangan sebelah kanan dipasang alat pada lengan untuk pantau tekanan darah. Tangan sebelah kiri cucuk masukkan air & dijari ada klip tah untuk apa. Lepas tu yanie terfikir teruk sangat ke keadaan aku ni. Menagis tetap menagis. Taklah sakit sangat tapi mental sangat-sangat takm kuat masa tu. Time tu yanie dah start mamai-mamai dah. Settle je Dr. tu jahit yanie terus tidur. Pukul 1.50 yanie baru tersedar tengok kiri kanan. Tgok jam ni dah masa melawat en husband tak datang lagi ke? Tak lama lepas tu en husband lalu nak azankan baby. En husband pun baru tahu yanie tah lahirkan baby. Nampak je en husband datang pada yanie air mate terus berjurai-jurai. Bukan sakit pun tapi tak tahu kenapa. Kejap je jumpa sebab yanie masih dalam labor room. Yanie pun baring je kat katil tu. Pukul 2.30 baru yanie keluar dari labor room. Pukul 4 baru dapat jumpa en husband. Menagis cerita.

Ni lah pengalaman 1st yanie melahirkan anak.Yanie tak mengalami sakit yang melampau semasa nak bersalin. Allah tahu yanie tak kuat kot sebab tu Allah kurangkan rasa sakit tu. Allahu Akbar. Terima kasih ya Allah kerana beri peluang kepada yanie untuk mempunyai zuriat dan merasa sendiri pengalaman melahirkan anak.

Kepada mom to be jangan takut jangan risau bertawakallah kepada Allah dn minta bantuanNya supaya dipermudahkan urusan melahirkan anak. Juga jangan lupa minta doa daripada suami dan ibu bapa kita. In Shaa Allah segalanya berjalan dengan lancar.

Sekian sahaja untuk entry kali ini. Dah panjang lebar sangat ni. Huhu.