Friday 18 November 2016

Cloth Diapers (Lampin Kain): Kelebihan & Perbandingan

Assalamualaikum w.b.t.


Actually dah lama nak bagi Auni Alesya pakai cloth diaper tapi tak mendapat sokongan daripada Ayah Auni. Tak tahu kenapa tetiba terbuka balik hati ni nak start bagi Auni Alesya pakai cloth diaper. Design pertama yang yanie beli of coz lah Hello Kitty. Favourite Auni Alesya tu. Konon-konon nak bagi dia suka & nak pakai cloth diaper tu. Dan seperti yang dijangka Auni Alesya memang suka sangat-sangat & terus nak pakai. Semoga dipermudahkan untuk Auni Alesya  bercloth diaper.



Cloth Diapers vs Lampin Pakai Buang


1. Kesihatan & Keselamatan

CD diperbuat daripada kain gentian mikro, campuran buluh dan arang (charcoal). Ia lebih sihat dan selamat untuk kulit bayi kerana tidak menggunakan apa-apa bahan kimia seperti lampin pakai buang.

2. Penjimatan

CD menjimatkan kerana kita hanya perlu beli sekali sahaja dan ianya boleh digunakan untuk anak-anak seterusnya. Manakala lampin pakai buang dibeli setiap bulan.
CD sekarang dah murah, tak macam dulu. 20 keping CD RM40 baru berjumlah RM800 untuk 3 orang anak.
Lampin pakai buang? Paling busuk sehari nak kena guna 3 keping, 15 hari habis sepeket lampin pakai buang 44 keping berharga RM27.90. 2 paket sebulan, guna seawal kelahiran sampai 3 tahun (36 bulan).
Jumlah anggaran ialah RM27.90 x 2 x 36 = RM2,008.80 tau! Itu baru seorang anak!! Kalau 3 orang, bukan RM6,026.40?!
Itu belum masuk musim berak cair di awal kelahiran!
Untuk makluman, CD anak ketiga yang saya gunakan sekarang ialah CD kakak sulungnya!
Ini bermakna CD itu sudah 5 tahun digunakan, selama 3 generasi! Dua jenis CD yang mula-mula saya beli dulu pun masih elok lagi!
RM800 untuk 3 anak, Jimat kan?

3. Pembelajaran

Anak lebih cepat belajar ke tandas kerana kurang selesa dengan basah CD berbanding lampin pakai buang yang sentiasa kering.
Alhamdulillah anak-anak saya 1 tahun setengah dah tak pakai lampin dah samada siang mahupun malam.
Berbanding penggunaan lampin pakai buang, ada yang sampai 4, 5 tahun masih menggunakannya.

4. Saiz Boleh Laras

CD dikeluarkan hanya dua saiz sahaja – newborn dan normal. Saiz newborn untuk 2 – 3 bulan pertama manakala saiz normal boleh dilaras saiznya mengikut keselesaan bayi, bermula bayi baru lahir sehinggalah ke umur 4 tahun (3kg – 16kg, mengikut berat anak).
Lampin pakai buang mengikut saiz bayi, golongan bapa akan mengalami kesukaran apabila mendapat SMS dari isteri meminta belikan lampin anak – tak tahu nak beli saiz apa!

5. Penggunaan

CD boleh digunakan berkali-kali untuk beberapa orang anak selagi tidak koyak atau rosak.
Lampin pakai buang hanya diguna sekali, rosak atau tidak pasti dibuang.

6. Kebersihan (Hygiene)

CD boleh dicuci dengan mesin basuh automatik, dan paling bagus dijemur di bawah panas matahari terik.
Haa… bab cuci paling best! Kerana saya sudah menjumpai pencuci CD yang sangat bagus, jimat, semulajadi dan BERKESAN iaitu BASIC H2 daripada Shaklee.
Hanya guna setitik sahaja, terus tanggal segala kotoran. Bau hapak najis pun HILANG SERTA MERTA!!
Ibu-ibu bolehlah cuba, hanya RM38 sahaja untuk 16oz.
Lampin pakai buang pula hanya membantu memperbanyakkan lagi sampah di rumah kita, kebersihankah itu?

7. Mesra Alam

CD bersifat mesra alam, kerana ia memelihara alam semesta. Bayangkan, kerana CD generasi 500 tahun akan datang akan menghargai dan mengenang jasa kita menggunakan CD pada hari ini.
Lampin pakai buang pula hanya membantu memperbanyakkan lagi sisa pepejal yang menjadi masalah sejak bertahun di negara kita.
Ayuh semua, kita bertukar kepada CD!

8. Fesyen

Rekaan CD yang pelbagai corak dan jenis menjadikannya comel untuk si manja, terus boleh keluar rumah selepas menyarungkan CD.
Bayi tidak perlu lagi menyarung panties untuk kelihatan comel!
Lampin pakai buang, ada tak yang tak perlu sarung panties? (Oops, satu idea bisnes yang hebat!)

9. Nilai

CD boleh dijual semula kerana ia mempunyai second-hand value.

Lampin pakai buang pula tiada sebarang nilai.


Dapatkan Cloth Diaper untuk si manja anda dengan Harga RM 22.00 sahaja di Fabulous Auni / Whatsapp 0167448915


No comments:

Post a Comment