Tuesday 12 November 2013

Kursus Pra Perkahwinan

Assalamualaikum w.b.t

lama sungguh tak update blog ni...dah bersawang pun..hehehe..nak buat macam mane bila dah kemalasan pada tahap melampau...hehehe

kali ni yanie nak share pengalaman yanie pergi kursus pra perkahwinan..dah seminggu juga lah baru berkesempatan nak story..

mula-mula tu yanie saje lah blog walking tengok pasal kursus pra perkahwinan lepas tu terjumpa lah yang buat kat area taman universiti skudai..yela yanie kat utm kn so nak lah cari yang dekat-dekat je..lepas discuss-discuss dengan mr. daus dia kate ok je..so yanie pn buat lah tempahan kat Pulai Utama Management..yanie tempah hari isnin selasa pagi dia call untuk confirmation. ok settle tnggal pergi kursus je..alang-alang tengah cuti mid sem tu yang pergi je kalu nak biase hari sabtu ada latihan suksis.

pagi-pagi pukul 7.30 mr.daus pick up yanie n terus pergi Masjid Jamiek Tan Sri Ainuddin Wahid, Taman U. datang-datang je terus pergi daftar kene isi borang lepas tu bayar RM120 seorang. lama jugak lah tunggu pukul 8.30 baru masuk dewan. dia bg taklimat pasal kursus ni dalam pukul 9.00 baru lah start dengar ceramah. for the whole day rase seronok sangat. ingat kan boring giler..hehehe..mungkin bergantung pada penceramah juga kot..kebanyakkan penceraman dia ada stail tersendiri nak tarik perhatian audience. ditambah lagi dengan sense of humor yang diorang ada..memeng ketawa memanjang..seriously terhibur and dalam masa yang sama dapat ilmu.

for the second day kiteorang datang lambat sikit malas nak tunggu lama-lama..sampai je tak lama terus masuk dewan sama juga macam semalam seronok sangat dengan macm-macam keletah penceramah tu..tapi kami ditakutkan dengan kehadiran kadi besar johor..pengerusi majlis cakap dia strict orang nye..so bila sampai je turn kadi besar johor tu bagi ceramah masing-masing nak beri tumpuan lah konon..hehe..sekali bile dia mula cakap berderai semua ketawa..mana tak nya..suara sebijik aziz satar dengan gaya nye semua memang sebijik...aduhai...macam-macam dia bercerita tentang kes-kes berlaku kat johor..memang tak ngantok langsung jadi nye...ada aje lawak dia buat..macam tipu je pengerusi majlis tu..hahaha..mmg terbaik lah dia tu..

dua hari walaupun penat duduk dalam kelas je dengar ceramah tapi sangat puas hati dengan apa yang dapat..tak lah rase macam tak guna je datang kursus tu..mr. daus yang sangat banyak songeh pn setuju..hehehe..kepada sesiapa yang nak pergi kursus pra perkahwinan kat area johor bahru ni boleh lah pergi under Pulai Utama Management..dia buat kat merata-rata tempat..kalau nak tahu lehih lanjut boleh lah pergi kat blog dia..

sekian..bye2

sebelum tu meh layan gambar sikit hehe..



Sedondon biru ok..hehe
Ini hasilnya


Tentetif kursus