Saturday 31 May 2014

Goodies Tepung Tawar

Assalamualaikum w. b. t. 

Hari ni yanie nak share goodies yang yanie beri kepada tetamu yang datang pada majlis yanie.
Actually tak tahu apa nak beri pada tetamu yang datang sebagai tanda terima kasih kerana sudi datang ke majlis yanie.

Setelah difikir-fikirkan maka yanie putuskan untuk beri tasbih pada malam berinai. Masa tetamu tepung tawar yanie bagilah goodies ni. Nak bagi bunga telur macam biasa sangat pulak.huhu. 

Untuk tasbih ni yanie DIY sendiri. Yanie beli bahan keperluan kt Mazsa Biz. Bahan yang yanie dapatkan di Mazsa Biz ialah Pearl, Tpin, Stopper, Shell end, Cap, Dawai dan Set Playar. Untuk 100pcs tasbih kos nye hanya RM105.70 termasuk postage Rm14.00. Actually semua accessories tu boleh buat untuk 300pcs tasbih cuma perlu beli lagi pearl dan dawai sahaja. Banyak pilihan warna yang ada. So Pilih lah yang mana berkenan dihati. Semua cantik-cantik. Pearl ni jenis Glass Pearl. So nampak sangatlah exculusive. Cantik Sngat Bila dah jadi. 

Antara Warna Yang Ada
Yanie pilih warna biru turquoise & silver buat design selang seli.




Yang bestnya bila beli bahan keperluan buat tasbih di Mazsa Biz dapat tutorial sekali. So mudahlah kan. Ikut step by step je. Layanan yang diberi pn baik. Mesra dan cepat bagi respon. Tu yang paling penting. 

Gigih yanie dan adik yanie buat. mula-mula memang lah susah. Asik berterabur je perl-pearl tu sebab terlepas masa nak pasang stopper. Tapi lama-lama ok dapat cari teknik yang betul boleh buat dengan cepat. Sakit pinggang oooo...duduk menghadap benda tu.huhu. Yanie beli awal sebab nak buat siskit-sikit. kalau nak hadap terus memang tak ada masalah. Masa yang ada hanyalah hujung minggu. So tak apalah buat siskit-sikit lama-lama habislah.

Design boleh buat macam-macam ikut kreativiti masing-masing. Yanie happy sangat dapat DIY goodies untuk majlis sendiri.





Sharing is Sayang





Saturday 5 April 2014

Bunting & Signage

Assalamualaikum w. b.t.

Nak cerita wedding preparation. Tak lengkaplah kalau majlis perkahwinan tak ada banner, bunting dan singnage. Ceh pandai je aku. Padahal boleh je. Tak ada masalah pun. huhu. Yanie ada terjumpa tawaran yang berbaloi untuk buat Banner, Bunting, Signage kat Fb Firejets Wedding. Actually Firejets Wedding ni base di Perak. Harga ni ditawarkan bagi yang gunakan design sedia ada. kalau nak buat design baru kena tambah caj artwork Rm40.

Harga:
Signage 1.5'x1.5'= Rm4
Signage 2'x2'= Rm6
Bunting 2'x5'= Rm15
Banner 5'x4'= Rm30
Banner 6'x3'= Rm27
Banner 6'x4'= Rm36

Fikir punye fikir lastly yanie buat keputusan untuk buat bunting & signage je. Malas lah nak buat banner. Besar-besar nak gantung mana. Ceh padahal kedekut. Sabar jela. So mesej fb Firejets Wedding untuk dapatkan total price. Yanie hanya order Bunting 2pcs dan Signage 5pcs.

Kos:
Bunting Rm15x2=Rm30
Signage Rm4x5=Rm20
Postage Rm15
Total Rm65

So yanie pun order bagi gambar dan design yang yanie nak. Order 27/2/14 then keesokkan harinya subuh-subuh dah dapat first draf. Sangat cepatlah kerja mereka ni. Ok yanie suka. 


First Draft






Yanie request warna biru & hijau tapi bile dapat more to warna mint. Mana warna biru? So tye lah kat dia mana warna biru so dia kate yang kat tulisan tu warna biru. ok fine sikit sangat ok. Then mereka adjust balik tapi yanie macam tak nampak apa-apa perbezaan pun. Lepas tu dia sipa bagi gambar tunjukkan dia dah ubah warna tu. Ok fine. 



Yanie pun malas  nak fikir ape terus proceed je. Padahal tak menepati warna yang yanie nak. Takpe lah cantik jugak kan. Tapi macam yang first lagi cantik je. Huhu..

Final 





Dah selesai order tunggu lah giliran untuk printing. Dia kata dalam masa seminggu dan penghantaran dalam masa seminggu jugak. So its  mean 2 minggu lah baru sampai kat rumah. Then memang tertunggu-tunggu lah nak tengok macam mana hasil nye. Ok ke tak ok ke.

Alhamdulillah tak sampai 2 minggu dah sampai semua barang kat rumah mak. Tak sabar nak tunggu hari jumaat nak balik rumah mak. Sampai-sampai je terus capai bungkusan tu dan buka. Ok. Hasil yang memuaskan. Tq Firejets Wedding. 


Sharing is Sayang