JUDUL
: 7 HARI MENCINTAIKU
EPISOD
: 28 Episod
TARIKH
/ MASA : November 2016
SIARAN
: Slot Akasia TV3
NOVELIS
: Siti Rosmizah
PENGARAH
: Jamal Khan
TERBITAN
: Pena Creative Pictures Sdn Bhd
PELAKON
: Shukri Yahaya, Siti Saleha, Ungku Hariz, Wan Sharmila, Zila
Bakarin, Zarynn Min
WATAK
PELAKON
Shukri
Yahaya sebagai Khuzairi
Siti
Saleha sebagai Mia Adriana
Ungku
Hariz sebagai Khalil
LAGU
TEMA / OST 7 HARI MENCINTAIKU
Tajuk
: Lelaki Teragung
Penyanyi
: Dayang Nurfaizah
Video
& Lirik : Link
SINOPSIS
7 HARI MENCINTAIKU
Mengisahkan Khuzairi (Shukri
Yahaya), dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana (Siti
Saleha). Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang
setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi
tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk
memilikinya. Mia Adriana bagaikan lupa, hidup ini ibarat putaran
roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya
sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki
bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya.
Mia Adriana merupakan seorang
peguam dan mempunyai firma guamannya sendiri bersama ayahnya Dato
Megat Idrus. Mia telahpun bertunang dengan sepupunya sendiri Khalil
(Ungku Hariz). Namun kerana terlalu percaya pada tunangnya, Khalil,
Mia Adriana telah menyebabkan ayahnya muflis. Khalil tidak hadir pada
malam pernikahan mereka, sebaliknya Khalil menikahi Rita kerana duit.
Dato Megat yang diserang sakit jantung, meminta Khuzairi untuk
menjadi menantunya. Demi menutup malu, Mia sanggup berkahwin dengan
Khuzairi walaupun mengganggap Khuzairi kekampungan dan kolot.
Bermulanya kehidupan baru Mia
Adriana bersama Khuzairi di kampung. Sepanjang berada di kampung, Mia
Adriana memang menjadi kebencian Mak Leha, mak tiri Khuzairi. Mak
Leha membenci Mia kerana dia memusuhi Puan Hayati. Terjadi pelbagai
pergaduhan antara Mia, Mak Leha dan Syakilla, tunangan Helmi yang
menaruh hati pada Khuzairi. Perhubungan Mia dan Khuzairi juga selalu
pasang surut. Khuzairi juga tersepit kerana dia terlalu menghormati
Mak Leha sebagai ibu sehingga dia selalu melukakan hatinya sendiri.
Kerana suatu peristiwa, Mia
Adriana tersedar bahawa sememangnya dia mencintai Khuzairi sepenuh
hati. Dia terlalu merindu anak kecil yang ditinggalkan tanpa melihat
rupanya. Namun, cukupkah masa 7 hari itu untuk meraih kembali cinta
Khuzairi yang sudah membeku? Apakah Pak Samad mampu membela nasib Mia
selepas dibuang oleh suami sendiri dalam rumah keluarganya?
Tercapaikah hasrat Syakilla untuk menjadi isteri Khuzairi? Dan, apa
pula nasib Helmi selepas dihalau keluar oleh Pak Samad selepas dia
bersubahat dengan Khalil untuk meracun kambing-kambing Khuzairi?
Apakah pekerjaan Khuzairi selain pengembali kambing yang menjadi
kegilaan anak-anak gadis kampung?
Haa. Baca sinopsis cerita pun dah best kan. Yanie suke cerita ni. Novel dah
baca sekarang tengok drama pulak. Wahh. Lagi-lagi Shukri Yahaya hero
memang kena lah. Hero Kampung. Haha. Setiap hari tak sabar nak tengok derita ni..
No comments:
Post a Comment