Assalamualaikum w.b.t.
Actually dah lama nak bagi Auni Alesya pakai cloth diaper tapi tak mendapat sokongan daripada Ayah Auni. Tak tahu kenapa tetiba terbuka balik hati ni nak start bagi Auni Alesya pakai cloth diaper. Design pertama yang yanie beli of coz lah Hello Kitty. Favourite Auni Alesya tu. Konon-konon nak bagi dia suka & nak pakai cloth diaper tu. Dan seperti yang dijangka Auni Alesya memang suka sangat-sangat & terus nak pakai. Semoga dipermudahkan untuk Auni Alesya bercloth diaper.
Cloth Diapers vs Lampin Pakai Buang
1. Kesihatan & Keselamatan
CD
diperbuat daripada kain gentian mikro, campuran buluh dan arang
(charcoal).
Ia lebih sihat dan selamat untuk kulit bayi kerana tidak menggunakan
apa-apa bahan kimia seperti lampin pakai buang.
2. Penjimatan
CD
menjimatkan kerana kita hanya perlu beli sekali sahaja dan ianya
boleh digunakan untuk anak-anak seterusnya. Manakala lampin pakai
buang dibeli setiap bulan.
CD
sekarang dah murah, tak macam dulu. 20 keping CD RM40 baru berjumlah
RM800 untuk 3 orang anak.
Lampin
pakai buang? Paling busuk sehari nak kena guna 3 keping, 15 hari
habis sepeket lampin pakai buang 44 keping berharga RM27.90. 2 paket
sebulan, guna seawal kelahiran sampai 3 tahun (36 bulan).
Jumlah
anggaran ialah RM27.90 x 2 x 36 = RM2,008.80 tau! Itu baru seorang
anak!! Kalau 3 orang, bukan RM6,026.40?!
Itu
belum masuk musim berak cair di awal kelahiran!
Untuk
makluman, CD anak ketiga yang saya gunakan sekarang ialah CD kakak
sulungnya!
Ini
bermakna CD itu sudah 5 tahun digunakan, selama 3 generasi! Dua jenis
CD yang mula-mula saya beli dulu pun masih elok lagi!
RM800
untuk 3 anak, Jimat kan?
3. Pembelajaran
Anak
lebih cepat belajar ke tandas kerana kurang selesa dengan basah CD
berbanding lampin pakai buang yang sentiasa kering.
Alhamdulillah
anak-anak saya 1 tahun setengah dah tak pakai lampin dah samada siang
mahupun malam.
Berbanding
penggunaan lampin pakai buang, ada yang sampai 4, 5 tahun masih
menggunakannya.
4. Saiz Boleh Laras
CD
dikeluarkan hanya dua saiz sahaja – newborn dan
normal. Saiz newborn untuk
2 – 3 bulan pertama manakala saiz normal boleh dilaras saiznya
mengikut keselesaan bayi, bermula bayi baru lahir sehinggalah ke umur
4 tahun (3kg – 16kg, mengikut berat anak).
Lampin
pakai buang mengikut saiz bayi, golongan bapa akan mengalami
kesukaran apabila mendapat SMS dari isteri meminta belikan lampin
anak – tak tahu nak beli saiz apa!
5. Penggunaan
CD
boleh digunakan berkali-kali untuk beberapa orang anak selagi tidak
koyak atau rosak.
Lampin
pakai buang hanya diguna sekali, rosak atau tidak pasti dibuang.
6. Kebersihan (Hygiene)
CD
boleh dicuci dengan mesin basuh automatik, dan paling bagus dijemur
di bawah panas matahari terik.
Haa…
bab cuci paling best! Kerana saya sudah menjumpai pencuci CD yang
sangat bagus, jimat, semulajadi dan BERKESAN iaitu BASIC H2 daripada
Shaklee.
Hanya
guna setitik sahaja, terus tanggal segala kotoran. Bau hapak najis
pun HILANG SERTA MERTA!!
Ibu-ibu
bolehlah cuba, hanya RM38 sahaja untuk 16oz.
Lampin
pakai buang pula hanya membantu memperbanyakkan lagi sampah di rumah
kita, kebersihankah itu?
7. Mesra Alam
CD
bersifat mesra alam, kerana ia memelihara alam semesta. Bayangkan,
kerana CD generasi 500 tahun akan datang akan menghargai dan
mengenang jasa kita menggunakan CD pada hari ini.
Lampin
pakai buang pula hanya membantu memperbanyakkan lagi sisa
pepejal yang menjadi masalah sejak bertahun di negara kita.
Ayuh
semua, kita bertukar kepada CD!
8. Fesyen
Rekaan
CD yang pelbagai corak dan jenis menjadikannya comel untuk si manja,
terus boleh keluar rumah selepas menyarungkan CD.
Bayi
tidak perlu lagi menyarung panties untuk kelihatan comel!
Lampin
pakai buang, ada tak yang tak perlu sarung panties? (Oops, satu idea
bisnes yang hebat!)
9. Nilai
CD
boleh dijual semula kerana ia mempunyai second-hand
value.
Lampin
pakai buang pula tiada sebarang nilai.
Dapatkan Cloth Diaper untuk si manja anda dengan Harga RM 22.00 sahaja di Fabulous Auni / Whatsapp 0167448915