Assalamualaikum w. b. t.
Tiba-tiba terasa nak kongsi pengalaman melahirkan Auni Alesya pulak
Tiba-tiba terasa nak kongsi pengalaman melahirkan Auni Alesya pulak
Tipulah kalau cakap tak ada perasaan
takut ataupun risau.
Yelah 1st baby kan. Zero pengalaman.
Ok actually yanie dijangka bersalin
pada 2 Febuari 2015. bila dah tiba tarikhnya, tertunggu-tunggulah
sakit atau tanda-tanda nak bersalin tapi takda pun. Ok takpelah
doktor pun cakap kalau lewat seminggu baru pergi hospital.
Keesokkan harinya 3 Februari 2015
bangun nak solat subuh tu rasa basah semacam je. Macam period pulak.
Sekali tengok ada darah macam period gitu. Tapi langsung tak ada rasa
sakit. Pelik jugak kan. So yanie assume belum nak bersalin lagi lah.
So masuk bilik bagi tahu kan en. Husband. Eh dia pulak yang gelabah.
Sepatutnya dia kerja harini tapi dia terus bagitahu leader dia nak
cuti harini. Lepas tu yanie rehat je dalam bilik. Pukul 8 lebih baru
bagi tahu kat mak pasal kuar tanda darah tu. Mak suruh pergi
hospital. Aduhai malasnye. Tak sakit lagi tu yang malas nak pergi
hospital. Lepas tu kebetulan Along telefon dia dulu nak bersalin pun
kuar tanda darah. Dia cakap 1 hari lepas kuar tanda darah tu baru dia
bersalin. Dia siap boleh jalan-jalan lagi. Ok lepas tu mak pun cakap
takpelah nanti petang sikit baru pergi hospital. Ok menurut perintah.
Then dalam pukul 3 petang pergi lah ke hospital setelah didesak oleh
mak.
Sampai je kat hospital isi borang apa
semua then pergi tukar baju yang hospital beri. Lepas tu terus masuk
bilik untuk check degupan jantung baby dan check jalan. Orang kata
check jalan sakit. Takut nye time tu. Tapi masa ckeck jalan tu yanie
tak rasa sakit pun. Rasa benda sejuk masuk dalam miss v je. Ahh..
lega sebab tak sakit.. Nurse tu bagi tahu baru buka 1cm so mmg lama
lagi lah kan. Lepas siap tu terus keluar duduk berbual dengan mak dan
en. Husband. Belum waktu melawat so diorang tak boleh masuk. Lepas tu
en husband hantar mak balik dan duduk lah saya kesunyian disitu.
Huhu.
Duduk kat wad tu asik tengok tv. Boring
nye lahai. Kiri kanan tak ada orang. Dah boring tengok tv tidur
takpun bersms dengan en husband.
Everything ok je sampai lah pukul 12
tengah malam dah mula ada rasa sakit sikit. Sakit bukan di bahagian
perut tapi sakit di bahagian pinggang hingga ke peha. Ala-ala macam
bisa-bisa tulang gitu. Ini contraction kot. Mula-mula dalam 20 ke 30 minit sekali sakit.
Lepas tu makin kerap.1 malam memang langsung tak tidur sebab sakit.
Kekiri tak selesa kekanan tak selesa telentang tak selesa tak kan nak
menirap pula kan..huhu.. kang ada kene marah dengan nurse pulak. Sakit sampai lah ke pagi dia bagi
sarapan nasi goreng dengan air milo. Takda selera nak makan tapi
makan juga sikit untuk alas perut. Minum air milo je habiskan. Lepas
tu nurse panggil suruh check jalan. Check jalan dah 5cm nurse suruh
ambil barang baby then masuk labor room. Masa ambil barang tu call en
husband bagi tahu nak masuk labor room. En husband pulak masih di JB
pergi hantar abah dia balik. Tak pela kalau sempat en husband
temankan lah kalau tak sempat nak buat macam mana.
Masuk je labor room nurse pun pasanglah
segala alatan nak check jantung baby. Adalah dalam 10 minit jugak
duduk dalam tu sebelum midwife masuk balik dan bermulalah proses
kelahiran. Midwife tanya nak panggil suami masuk
tak yanie pun cakap suami tak ada. Belum sampai lagi. Midwife tu suruh yani ikut dia istigfar, selawat, dan zikir semua. Mula-mula Midwife pecahkan air ketuban. Rasa macam belon berisi air dipecahkan. Keluarlah sebanyak-banyak air. 1st
time teran tak da apa-apa hasil sebab yanie teran sebab dia suruh dan
time tu tak sakit. Huhu. Tak tahu kan ikot jela. Tapi dia cakap yanie
pandai betul cara meneran tu. Lepas tu yanie cakap kaki yani tak
tahan mengangkang macam tu. Diorang pun naik kan besi and ikat kaki
yanie kat besi tu.
2nd time teran time sakit tapi tak
keluar jugak. Lepas tu salah seorang midwife tu ugut “lagi sekali
awak teran tak keluar lagi terus pergi JB ye”. Ok nak taknak kene
kuarkan jugak baby ni sebab yanie taknak pergi JB. Bile sakit datang
je yanie terus teran sekuat yang mungkin. Time tu midwife gunting
miss v pun takda rasa apa. Dengar bunyi kena gunting tu tapi tak ada
rasa apa-apa sebab sakit memulas di perut tu lebih kuat kot. Midwife
tu pun seluk nak bantu baby tu keluar. Dan akhirnya selepas 3 kali teranan pada 4 Febuari 2015 jam 9.25 am
lahirlah Auni Alesya. Wah perasaan leganya bila baby dah keluar.
Alhamdulillah.
Masa dia letak baby kat dada time dia
potong tali pusat, wahh.. perasaan tu susah nak digambarkan. Settle
potong tali pusat dia tunjuk pada yanie tanya lelaki ke perempuan.
Yanie cakap perempuan. Selepas tu dia bawak baby kuar dan bermulalah
aktiviti menjahit mereka. Disebabkan yanie banyak sangat koyakan so
dia bius 3 tempat. So yanie tahulah confirm banyak yanie kena jahit
ni. Redha jela.tapi dah kene bius takda lah rasa sakit. Hanya masa
dia tarik nak ketatkan & matikan jahitan tu rasalah sikit.lama
jugak meraka jahit. Banyak kan. Naik lenguh dah kaki ni. Bila ada
Nurse lain yang masuk mintak kebenaran nak cucuk BCG kt baby yanie
anggukkan sajelah. Siap je menjahit dia bagi baby pada yanie untuk
disusukan. Time ni berjurai air mata melihat kekuasaan Allah. Baby
yang baru lahir dah pandai nak hisap susu. Selepas tu dia ambil
semula baby tu dan check jahitan. Dia keluarkan kain yang dah
disumbat untuk serap darah. Bila dia kuarkan dia tengok banyak sangat
darah. Sepatutnya tak banyak macam tu dan darah tu sentiasa keluar.
Diorang pun check-check rupanya ada koyakan kat bahagian dalam yang
tertinggal dan tak dijahit. Waaa...tak kan nak jahit lagi kot. Aku
dah tak larat ni. Lepas tu mereka pun mula buka semula jahitan
sebelum ni dan jahit lagi. Dah siap jahit diorang cakap kulit yanie
lembut sangat so bila jahit dia jadi pecah. Time tu yanie pun rasa
nak menangis je mental dah tak kuat. Diaorang dah tak boleh buat
diorang panggil Dr. pulak. Alamak Dr. lelaki pulak tu. Hampeh betul.
Time tu yanie dah start menagis Nurse siap bagi kain untuk yanie
gigit. Diorang cakap yanie dah tak bagi kerjasama then diorang pasang
air. Masukkan ubat pada air tu supaya yanie tidur. Tangan sebelah
kanan dipasang alat pada lengan untuk pantau tekanan darah. Tangan
sebelah kiri cucuk masukkan air & dijari ada klip tah untuk apa.
Lepas tu yanie terfikir teruk sangat ke keadaan aku ni. Menagis tetap
menagis. Taklah sakit sangat tapi mental sangat-sangat takm kuat masa
tu. Time tu yanie dah start mamai-mamai dah. Settle je Dr. tu jahit
yanie terus tidur. Pukul 1.50 yanie baru tersedar tengok kiri kanan.
Tgok jam ni dah masa melawat en husband tak datang lagi ke? Tak lama
lepas tu en husband lalu nak azankan baby. En husband pun baru tahu
yanie tah lahirkan baby. Nampak je en husband datang pada yanie air
mate terus berjurai-jurai. Bukan sakit pun tapi tak tahu kenapa.
Kejap je jumpa sebab yanie masih dalam labor room. Yanie pun baring
je kat katil tu. Pukul 2.30 baru yanie keluar dari labor room. Pukul
4 baru dapat jumpa en husband. Menagis cerita.
Ni lah pengalaman 1st yanie
melahirkan anak.Yanie tak mengalami sakit yang melampau semasa nak
bersalin. Allah tahu yanie tak kuat kot sebab tu Allah kurangkan rasa
sakit tu. Allahu Akbar. Terima kasih ya Allah kerana beri peluang
kepada yanie untuk mempunyai zuriat dan merasa sendiri pengalaman
melahirkan anak.
Kepada mom to be jangan takut jangan
risau bertawakallah kepada Allah dn minta bantuanNya supaya
dipermudahkan urusan melahirkan anak. Juga jangan lupa minta doa
daripada suami dan ibu bapa kita. In Shaa Allah segalanya berjalan
dengan lancar.
Sekian sahaja untuk entry kali ini. Dah
panjang lebar sangat ni. Huhu.